Hori TAC Pro One Dilancarkan – Papan Kekunci Dan Tetikus Untuk Xbox One
Genre FPS paling selesa dimainkan menggunakan tetikus dan papan kekunci. Pada konsol sokongan untuk tetikus dan papan kekunci masih lagi rendah. Tetapi pada konsol Xbox One, Microsoft mengesahkan sokongan ini sedang dilakukan. Oleh itu set Hori TAC Pro One telah dilancarkan untuk konsol mereka.
Dari segi rekaan cc ia mempunyai persamaan dengan Hori Tac Pro yang dilancarkan untuk PlayStation 4 sebelum ini. Papan kekunci mekanikal dipadankan dengan tetikus laser berwayar. Terdapat 20 butang kekunci setiap satunya berlampu. Sebuah tombol analog turut disertakan untuk mereka yang lebih menyukai kawalan menggunakan ibu jari. Tetikus yang disertakan mempunyai kepekaan sehingga 3200 DPI. Hori TAc Pro One dijual pada harga $150 (~RM 634) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLmWw7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment