Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ingkar Perintah Raja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ingkar Perintah Raja



Ketegangan semakin meningkat di Sepanyol semalam selepas pemimpin Catalonia berjanji rantau itu akan mengisytiharkan kemerdekaannya dalam tempoh beberapa hari, mengingkari perintah raja negara itu bahawa perbuatannya menggugat kestabilan negara. 

Pada masa sama, mahkamah menyiasat pegawai polis dan pemimpin pergerakan prodemokrasi kerana hasutan dalam pada Sepanyol bergelumang dengan krisis politik terburuknya sejak beberapa dekad lalu.

Raja Felipe VI menyelar usaha kemerdekaan itu sebagai haram dan tidak demokratik seterusnya meletakkan sokongan belakang kerajaan pusat. Namun pemimpin Catalonia tidak mengendahkannya susulan sokongan kuat terhadapnya akibat kemarahan orang ramai terhadap polis yang mengasari pengundi referendum Ahad lalu, yang dilarang diadakan Madrid serta mahkamah.

“Kerajaan Catalonia akan bertindak pada hujung minggu ini atau awal minggu depan untuk mengisytiharkan kemerdekaan,” kata pemimpinnya Carles Puigdemont kepada BBC.

Semalam, jurucakap kerajaan Catalonia Jordi Turull berkata: “Kami hampir selesai mengira semua undian. Keputusannya akan diserahkan kepada Parlimen daerah yang mempunyai dua hari untuk mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia.”

Referendum itu diselar sebagai tidak sah oleh mahkamah dan kerajaan pusat, yang mempunyai kuasa menggantung status separa autonomi dinikmati Catalonia mengikut sistem pentadbiran daerah diamalkan Sepanyol. Perdana Menteri Mariano Rajoy masih belum mengulas referendum Ahad lalu itu, tetapi campur tangan raja dilihat memudahkan sebarang tindakan bakal diambilnya.

Raja Felipe IV sebelum ini lebih berhati-hati menyuarakan pandangannya tetapi semalam terang menuduh pemimpinnya bertindak di luar proses perundangan. “Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini mampu menjejaskan kestabilan ekonomi dan sosial Catalonia serta seluruh Sepanyol,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xVedET

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.