Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kad merah: TMJ tidak salahkan Safiq Rahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kad merah: TMJ tidak salahkan Safiq Rahim

Kad merah: TMJ tidak salahkan Safiq Rahim

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tidak menyalahkan Safiq Rahim susulan insiden kad merah dalam perlawanan menentang Hong Kong, malam tadi.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Johor menegaskan kesemua pasukan perlu bertanggungjawab sekali gus tidak hanya meletakkan kesalahan ke atas seorang pemain sahaja.

“Tak berapa tinggi sangat.. harapan. Bermain dengan 10 pemain, apa kita boleh buat.

“Saya tak salahkan dia. Bukan dia seorang perlu disalahkan, (sebaliknya) semua,” katanya ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi soal jawab di JDT Cafe di sini malam ini.

Tunku Ismail turut mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Pengurus merangkap Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada dipecat.

“Jika esok Vingada dipecat, anda akan tetap mempunyai masalah yang sama.

“Realiti, masa tubuhkan kelab (JDT), kami perlukan dua ke tiga tahun untuk terapkan winning mentality.

“Jadi apa anda jangka untuk (Vingada) buat dalam masa dua tiga bulan?. Beri masa untuk Vingada,” katanya.

Selaku Presiden FAM, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap prestasi semasa pasukan kebangsaan.

Malah Tunku Ismail meletakkan komitmen untuk bertindak memperbaiki segala kelemahan yang wujud dalam bola sepak negara.

Sesi soal jawab bersama Tunku Mahkota Johor itu disertai oleh ahli panel jemputan antaranya Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad yang merupakan pengulas sukan bola sepak, Vijhay Vick dari FourFourTwo dan Ooi Kin Fai dari Goal.com yang akan mewakili penyokong bola sepak tempatan.

Terdahulu, Malaysia tewas kepada Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong, semalam.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kad merah: TMJ tidak salahkan Safiq Rahim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPamIm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.