Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kain rentang ‘FAM bangsat’ & kekecohan di stadium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kain rentang ‘FAM bangsat’ & kekecohan di stadium

IPOH – Perlawanan di antara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) semalam sekali lagi dicemari insiden keganasan penyokong sehingga menyebabkan beberapa kecederaan.

 

 

Kain rentang ‘FAM bangsat’ & kekecohan di stadium

Kain rentang ‘FAM bangsat’ & kekecohan di stadium

 

 

Lapor beberapa portal berita, kekecohan dipercayai tercetus akibat provokasi kedua-dua penyokong sebaik sahaja perlawanan separuh akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Perak itu berakhir dengan keputusan terikat 1-1.

Keadaan pada awalnya kelihatan terkawal dengan kehadiran anggota polis, namun bertukar kecoh apabila penyokong mula membaling botol minuman, batu dan kerusi ke padang.

Bagaimanapun, tindakan pihak penyokong tuan rumah yang memasang kain rentang tertera perkataan “FAM Bangsat” dilihat sebagai sengaja menimbulkan provokasi kepada penyokong pelawat.

Kain rentang itu kemudian digantikan kepada “Gurau Je” yang mana seolah-olah memberitahu kain rentang terdahulu hanyalah gurauan.

Suasana kemudiannya bertambah kecoh apabila ada individu yang tidak dikenal pasti sengaja membaling mercun ke arah sekumpulan penonton.

Seorang lelaki dipercayai penyokong JDT cedera di bahagian perut dan kepala akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Kain rentang ‘FAM bangsat’ & kekecohan di stadium

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHI2fD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.