Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau pindah ke sana susah nak berniaga Sup Gadai Nyawa” – Bekas Pegawai Masjid lapangan terbang yang rumahnya dirobohkan tidak terima PPR yang ditawarkan kerajaan Selangor kerana mahukan rumah lebih selesa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau pindah ke sana susah nak berniaga Sup Gadai Nyawa” – Bekas Pegawai Masjid lapangan terbang yang rumahnya dirobohkan tidak terima PPR yang ditawarkan kerajaan Selangor kerana mahukan rumah lebih selesa

PETALING JAYA – Bekas Pegawai Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang mengakui bukan dia tidak mahu menerima tawaran menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara oleh kerajaan negeri sebaliknya mahukan rumah yang lebih selesa dan membolehkan dia menjalankan perniagaan kedai makan.

 

"Kalau pindah ke sana susah nak berniaga Sup Gadai Nyawa" - Bekas Pegawai Masjid lapangan terbang yang rumahnya dirobohkan tidak terima PPR yang ditawarkan kerajaan Selangor kerana mahukan rumah lebih selesa

“Kalau pindah ke sana susah nak berniaga Sup Gadai Nyawa” – Bekas Pegawai Masjid lapangan terbang yang rumahnya dirobohkan tidak terima PPR yang ditawarkan kerajaan Selangor kerana mahukan rumah lebih selesa

 

 

 

Abdul Razak Said, 50, berkata, keadaan dan persekitaran di PPR berkenaan tidak memungkinkan dia menjalankan perniagaan makanan kerana keadaan prasarananya yang kurang lengkap.

“Punca pendapatan saya dan keluarga bergantung kepada kedai makan diberi nama ‘sup gadai nyawa’ yang dirobohkan ini.

 
 

“Jika kami pindah ke PPR itu, bagaimana kami nak berniaga, siapa nak bagi kami duit untuk tanggung kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian, di lokasi rumah yang dirobohkan di sini petang tadi.

Pada masa sama, bekas bilal di Masjid LTSAAS itu berkata, dia mahukan kediaman yang setimpal dan bersesuaian untuknya menjalankan perniagaan.

“Jika mengambil kira kerugian rumah dan kedai yang diroboh pihak berkuasa ini, saya berdepan kerugian berjumlah hampir RM400 ribu.

“Jadi saya mahu kerajaan negeri dan Malaysia Airport Berhad (MAB) beri pampasan yang setimpal dengan kos kerugian yang kami tanggung, setidak-tidaknya rumah yang selesa bagi membolehkan kami meneruskan kehidupan,” katanya.

Semalam, rumah dan kedai makan beliau termasuk sebuah lagi rumah bekas pegawai masjid yang terletak bersebelahan Masjid LTSAAS telah dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dengan dibantu beberapa agensi penguatkuasaan lain.

 

Dalam pada itu, isterinya, Noorsalwa Alias, 46, berkata, dia dan beberapa anaknya kini terpaksa berteduh buat sementara waktu di rumah inap desa hasil bantuan Pas kawasan Subang.

“Kami belum rancang nak tinggal di mana, bagaimanapun buat masa sekarang suami dan anak menumpang tidur di masjid LTSAAS sambil memantau keadaan barang yang masih berada di tapak rumah yang robohkan.

“Kami masih buntu ke mana mahu pergi, kami hilang arah tuju kerana pendapatan penuh kami sekeluarga bergantung kepada kedai makan ‘sup gadai nyawa’ yang sudah roboh ini,” katanya.

Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri telah menyediakan rumah di PPR Seksyen 8, Kota Damansara bagi kedua-dua keluarga bekas pegawai masjid berkenaan.

“Ia akan diuruskan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) dan kerja-kerja pemindahan pula akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Mereka tak perlu bayar sewa untuk enam bulan pertama, mereka boleh masuk rumah tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya lagi, jika mereka enggan menerima tawaran kerajaan negeri, itu terpulang kepada mereka kerana pihaknya hanya boleh menawarkan langkah penyelesaian.

 
Sumber: Sinar


Sumber “Kalau pindah ke sana susah nak berniaga Sup Gadai Nyawa” – Bekas Pegawai Masjid lapangan terbang yang rumahnya dirobohkan tidak terima PPR yang ditawarkan kerajaan Selangor kerana mahukan rumah lebih selesa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wBCsqq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.