Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam! Bapa rogol anak perempuan 9 tahun selama 12 bulan hingga kemaluannya hampir musnah, malah si bapa tidak menyesal rogol anak sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam! Bapa rogol anak perempuan 9 tahun selama 12 bulan hingga kemaluannya hampir musnah, malah si bapa tidak menyesal rogol anak sendiri

KISAH jenayah dari seberang ini pasti membawa airmata kepada insan yang benar-benar menjiwai tanggungjawab  dalam hidup berkeluarga.

Ia adalah kisah mengenai seorang manusia yang lupa peranannya sebagai bapa sebaliknya  lebih bertindak sebagai perogol ‘sepenuh masa’ ke atas anak kandungnya sendiri.

Penjenayah tersebut iaitu Mohd. M. Badrun. Sampah yang tidak sepatutnya wujud di dunia ini.

Walaupun telah diberkas oleh pihak polis kerana menjadikan anak kandungnya yang berusia sembilan tahun sebagai hamba seks hampir 12 bulan, namun kemusnahan yang dilakukan kepada jiwa dan fizikal gadis kecil itu tidak terampun.

Di usia yang mana seorang anak memerlukan kasih sayang dan belaian jujur seorang bapa, gadis itu dirogol sehingga menjadi gila dan kemaluannya hampir musnah!

Kejadian yang memilukan di Surabaya, Indonesia itu hanya berakhir apabila si ibu mangsa mendapati kemaluan anaknya itu bengkak dan mengeluarkan nanah.

Menurut portal Tribun Surabaya, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital oleh ibunya bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mereka kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa telah mengalami trauma yang melampau dan disahkan menghidap penyakit mental yang serius.

Kanak-kanak itu sedang berada dalam keadaan paling kritikal akibat trauma yang melampau sehinggakan dia tidak dapat bercakap dengan betul.

Komisioner Polis Surabaya, Lily Djafar melaporkan bahawa suspek telah ditahan pada bulan lalu namun tidak berasa menyesal atas perbuatan merogol anak kandungnya itu.

“Sejak tiga bulan terakhir ini, mangsa telah dirogol sebanyak 60 kali termasuk dipaksa melakukan hubungan luar tabii sehingga membuatkan kanak-kanak itu demam selama dua hari.”

Suspek mendakwa bahawa dia melakukan perbuatan terkutuk itu apabila isterinya keluar bekerja di sebuah kedai runcit.

Malah, mangsa diugut akan dipukul dan dihalau keluar dari rumah jika dia memberitahu hal terkutuk itu kepada orang lain.

Badrun bakal dikenakan hukuman di bawah akta 81 UU No.35 yang bakal dihukum penjara selama 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Moga suspek mati dalam keadaan yang ngeri suatu hari nanti…amin.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Kejam! Bapa rogol anak perempuan 9 tahun selama 12 bulan hingga kemaluannya hampir musnah, malah si bapa tidak menyesal rogol anak sendiri

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gvMlQv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.