Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketulan Besar Disangka Kanser Rupanya Dakwat Tatu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketulan Besar Disangka Kanser Rupanya Dakwat Tatu

SEORANG wanita dalam kebimbangan apabila mendapati terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Dia bimbang ketulan itu adalah kanser.

Namun wanita itu yang berusia 30 tahun dan berasal dari Australia itu, tidak menyangka bahawa ketulan itu rupa-rupanya terhasil daripada dakwat tatu.

Dia mempunyai dua tatu, iaitu satu tatu besar di bahagian belakangnya yang dilakukan kira-kira 15 tahun lalu manakala tatu kecil di bahagian lengannya dilakukan tiga tahun lepas.

Dan dakwat dari tatu besar yang berusia 15 tahun itulah yang menyebabkan ketulan terbabit.

Menurut pakar yang merawatnya, Dr. Christian Bryant, beliau tidak mengetahui apa yang menyebabkan tindak balas secara tiba-tiba hingga mengakibatkan dakwat tatu itu membentuk menjadi ketulan.

“Kebanyakan orang yang mempunyai tatu tidak berdepan dengan masalah. Bagaimanapun kes ini tidak akan menyebabkan sebarang masalah yang besar kepada wanita itu,’’ katanya.

Dr. Bryant juga mengakui beliau dan rakan sekerjanya tidak pernah melihat kes berkenaan sebelum ini. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fUsnlb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.