Lelaki Maut Tersepit Mesin Kertas
KUANTAN – Seorang lelaki maut akibat tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas di Bentong malam semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata semasa kejadian pukul 11.50 malam itu, mangsa Mohamed Saiful Nizal dipercayai sedang melakukan kerja penyelenggaraan mesin.
“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 12.01 tengah malam, namun mangsa dipercayai telah meninggal dunia semasa kami tiba di tempat kejadian,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gnh998
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment