Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBB Rancang Anjur Persidangan Ikrar Bantu Pelarian Rohingya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBB Rancang Anjur Persidangan Ikrar Bantu Pelarian Rohingya

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Menyifatkan krisis pelarian Rohingya Myanmar sebagai “krisis pelarian paling pesat berkembang di dunia dan kecemasan kemanusiaan yang amat besar”, pemimpin tiga organisasi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata mereka kini berusaha mengumpul dana sebanyak US$434 juta untuk pelarian terbabit dan negara tuan rumah mereka iaitu Bangladesh, lapor agensi berita China Xinhua.

Pemimpin terbabit — Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi, Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Mark Lowcock serta Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi William Lacy Swing — berkata satu persidangan ikrar akan diadakan di Geneva pada 23 Okt.

Lebih 500,000 orang telah melarikan diri daripada “diskriminasi, keganasan dan penganiayaan selain pengasingan serta ketakutan” di Negeri Rakhine, Myanmar ke negara jiran Bangladesh sejak berlaku serangan maut pemberontak militan ke atas balai polis pada 25 Ogos, kata pemimpin terbabit dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ketua jurucakap PBB Stephane Dujarric di ibu pejabat badan dunia itu.

Pengumuman PBB yang berkaitan juga menyebut aliran itu “adalah pergerakan pelarian yang terbesar di rantau tersebut sejak beberapa dekad, menjadikan jumlah orang Rohingya yang berada di Cox’s Bazar (di Bangladesh) lebih 800,000 dan angka tersebut masih meningkat.”
Satu Pelan Respons Bersama, yang sedang berjalan, memerlukan dana sebanyak US$434 juta bagi memenuhi keperluan untuk menyelamatkan nyawa semua pelarian Rohingya dan komuniti tuan rumah — yang dianggarkan berjumlah 1.2 juta orang — untuk bulan-bulan sukar berikutnya, kata kenyataan itu.

“Kami menyeru komuniti antarabangsa meningkatkan usaha untuk membawa satu penyelesaian damai kepada nasib pelarian Rohingya selain menghentikan tindakan melarikan diri beramai-ramai kerana terdesak, membantu komuniti tuan rumah serta memastikan keadaan yang membolehkan pelarian pulang ke kampung halaman masing-masing dengan selamat danbermaruah,” kata ketiga-tiga pemimpin. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gnhatI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.