Lemas ketika tahan pukat
KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas maut akibat lemas selepas dihanyutkan arus ketika menahan pukat di kawasan Rumah Pam Bumbung Lima, di sini, malam tadi.
Mangsa, 60, dikatakan keluar menahan pukat di kawasan sungai berhampiran rumah pam itu, petang tadi dan dipercayai dihanyutkan air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.14 malam berhubung insiden berkenaan.
"Saudara mangsa memaklumkan warga emas itu tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 malam. Pihak keluarga kemudian mencari di kawasan sungai terbabit, namun gagal menemui mangsa.
"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi untuk kerja mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa ditemui jam 9.22 malam tadi, kira-kira 10 meter dari tempat warga emas itu menahan pukat," katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas(HKB) untuk bedah siasat.
Sumber Lemas ketika tahan pukat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybg9fi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment