Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Lepas solat bangun la, bagi orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10 inci” – Wanita ini menyampah dengan perangai pengguna surau muslimah di tempat awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Lepas solat bangun la, bagi orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10 inci” – Wanita ini menyampah dengan perangai pengguna surau muslimah di tempat awam

Assalamualaikum.

Nama aku NZ. Terima kasih sebab siarkan confession aku ni. Selalu aku jd pembace je. Tp harini aku nak tulis confession. Sebab aku rase aku patut cerita benda ni. Tentang perempuan dan surau mall.

 

 

"Lepas solat bangun la, bagi orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10 inci" - Wanita ini menyampah dengan perangai pengguna surau muslimah di tempat awam

“Lepas solat bangun la, bagi orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10 inci” – Wanita ini menyampah dengan perangai pengguna surau muslimah di tempat awam

 

Aku ni seorang suri rumah sepenuh masa. Suami aku guru pagi dan petang. Aku akan jumpe suami aku pg, tghari & malam je. Selebihnya waktu aku dan anak². So hujung minggu mmg ‘family time’. Suami aku akan bawa aku & anak² gi jalan². Tempat favourite aku ialah shopping mall. Xkisah la mall memane pon. Aku ni suke window shopping. Kitorg akan keluar petang & balik malam. Jadi kebiasaan maghrib akan solat disurau mall.

Ok, aku selalu perhatikan pengguna² surau (perempuan). Boleh kata kebanyakkannye selfish. Sebab ape aku ckp camtu. Antaranya

1. Guna sejadah.
Kebanyakan yg solat semua nak sejadah sorang satu, dan jarak antara dia ngn orang lain tu sebatu. Kalau sejadah dalam surau tu banyak dan ruang solat tu besar, no hal la. Ni ruang pon ala kadar. Ape salahnye bentang panjang sejadah tu, boleh share satu sejadah 2 orang. Ni kalau boleh satu ruang tu dia nak pulun sorang. Lagi satu, kalau lepas solat. Bangun la, bg orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10inci. Xkisah langsung pasal orang lain yang nak solat. Kan boleh bangun mekap kat tempat lain.

2. Mekap
Aku xpaham macammane yang jenis mekap tebal² ni ambil wudhuk. Solat dalam keadaan muka masih bermekap. Nampak sangat yang air wudhuk tu xkena kulit. Camne status solat tu? Bg orang lain mungkin akan cakap ‘lantak la, muka aku’. Tapi Bab ni aku tegur sebab ade kaitan dengan ape yang aku akan sambung lepas ni.

3. Telekung
Yang ni la aku kata ade kaitan tadi. Bile kau pakai mekap dan xcuci bersih sebelum solat, kau guna telekung surau tu. Pastu kau garu muka guna telekung mase tgh solat, what the?!. Mekap kau akan melekat kat telekung tu. Banyak dah aku tgk telekung yang ade corak lipstik, bedak, foundation dan macam² lagi. Nasib xlekat bulu mata palsu ja situ. Dan kau dah menyusahkan orang lain untuk guna telekung tu. Kau ingat orang ade selera ke nak guna lepas kau tinggalkan bekas mekap tu? Better kau bawak telekung sendiri la. ( sebab ni aku xsuka guna telekung surau mall)

4. Ambil wudhuk
Ni lagi satu, bab ambil wudhuk. Kalau boleh dia nak buka habis paip tu. MEMBAZIR!. bukak paip tu sekadar je la. Ni buka air deras sangat, serupa macam kau nak mandi terus kat situ.

Aku selalu sembang ngan laki aku. Dia kata kalau lelaki solat, depa akan berjemaah, dan solat pon boleh elok rapat². Xde nak pulun satu surau tu dia sorang ja. Malu weh.. Ade sesetengah surau mmg terjaga. Tapi mana yg surau xde rupa surau tu, sebenarnye dtgnya dari kita sendiri. Tu kan tempat solat kita. Tanggungjawab kita la utk jaga. Benda ni dah lama aku pendam. Walaupun aku ni suka bawak telekung sendiri. Tapi sakit mata la tgk benda² ni. So kepada perempuan², aku harap benda ni dapat diperbaiki yer. Aku bukan bagus sangat, tapi aku tegur mana yang aku rasa perlu. Terima kasih sebab sudi baca bebelan panjang lebar aku. Semoga sama² kita baiki. InshaAllah.

– NZ

Sumber: IIUMC



Sumber “Lepas solat bangun la, bagi orang lain solat pulak. Ni boleh pulak bersila kat situ pakai mekap 10 inci” – Wanita ini menyampah dengan perangai pengguna surau muslimah di tempat awam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGQJGN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.