Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima lagi mayat dijumpai di tapak kejadian tanah runtuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima lagi mayat dijumpai di tapak kejadian tanah runtuh

GEORGE TOWN: Sembilan mayat mangsa yang tertimbus di dalam tragedi tanah runtuh di kawasan tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam, telah dijumpai setakat ini.

Sehingga pukul 7 malam ini, lapan mayat sudah dikenal pasti iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson; Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq, dua warga Bangladesh Hossen Mia dan Nur Alam, dua warga Indonesia Hosrin dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Edwin Galan Teruki berkata mayat kelapan iaitu Raza Ali dikeluarkan pada pukul 6.29 petang ini, kira-kira tiga jam selepas ditemukan.

"Kami menemui mayat kelapan kira-kira pukul 3.27 petang. Kami menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kelapan kerana cerucuk besi menghempap mayat itu," katanya di sini hari ini.

"Kami kena potong cerucuk itu dengan cermat supaya tidak tercucuk mangsa," katanya lagi

Beliau berkata proses mengeluarkan mayat kelapan itu mengambil masa kerana pihaknya terpaksa menggunakan cara manual dan perlu memotong cerucuk besi yang terlalu banyak.

Edwin Galan berkata mayat kesembilan pula ditemui pada pukul 6.20 petang pada jarak satu meter dari mangsa kelapan.

"Identiti mangsa kesembilan belum dikenal pasti. Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa kesembilan berikutan terdapat bongkah batu besar bersama jeriji besi menghempap badan mangsa...proses untuk mengeluarkan (mayat) dijangka mengambil masa empat jam," katanya.

Edwin Galan berkata pihaknya juga percaya dua lagi mangsa yang belum ditemui tertimbus berhampiran kawasan yang menjadi tumpuan pencarian pasukan mencari dan menyelamat.

Beliau berkata tiga lagi mangsa yang masih dicari ialah dua warga Bangladesh Rahaman Abdur dan Muhammad Monirul Islam serta seorang rakyat Malaysia, Yuan Kouk Wern, 27.

Usaha mencari dan menyelamat yang disambung pada hari ini menemukan lima lagi mayat di tempat kejadian.

Ketika kejadian pada pukul 8.57 pagi semalam, kesemua 11 mereka sedang bekerja di bahagian bawah di bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka.

Difahamkan kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu.

Beliau berkata tiga lagi pekerja yang berada berhampiran kawasan runtuhan itu ketika kejadian terselamat dengan seorang daripada mereka cedera ringan.

Mereka yang terselamat dikenali sebagai Gearsudin Sadul Haq (Myanmar) dan Mohamad Josim Rahman (Bangladesh) manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti.

Empat mayat ditemui semalam. Mayat kesemua mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses pengecaman sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua hari ini melibatkan pelbagai agensi iaitu polis, pasukan bomba dan penyelamat; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya, Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: Hospital Pulau Pinang; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Dianggarkan 1,000 tan tanah perlu dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan setakat ini pasukan mencari dan menyelamat telah menggali sedalam lebih 6.096 meter.

Pihak pemaju telah menambah sebuah jentolak bersama beberapa buah lori bagi memudahkan urusan mengeluarkan tanah di kawasan runtuhan itu.

Pasukan SMART dari Putrajaya turut menggunakan peralatan memotong, alat pengesan yang menggunakan imej 2D (2 dimensi) untuk mengimbas objek di bawah runtuhan.

Edwin Galan berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan dan berharap dapat diselesaikan hari ini sekiranya keadaan mengizinkan.

"Mulai esok anggota bomba akan dikurangkan daripada 131 kepada 100 anggota sahaja," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Lima lagi mayat dijumpai di tapak kejadian tanah runtuh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXDSW9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.