Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Parang sudah mahu keluar” – Peminat wanita puji badan sado Zul Ariffin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Parang sudah mahu keluar” – Peminat wanita puji badan sado Zul Ariffin

Demam filem Tombiruo: Penunggu Rimba semakin dirasai apabila pelakon utama filem itu, Zul Ariffin memuat naik gambar yang sempat dirakamkan ketika penggambaran beberapa bulan lalu.

 

"Parang sudah mahu keluar" - Peminat wanita puji badan sado Zul Ariffin

“Parang sudah mahu keluar” – Peminat wanita puji badan sado Zul Ariffin

 

Rata-rata peminat wanita memuji penampilan Zul Ariffin yang tidak berbaju untuk penggambaran filem adaptasi novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu.

Foto yang telah dimuatnaik Zul Ariffin di Instagramnya awal pagi tadi mendapat lebih 55,000 likes dan 800 komen daripada peminat setianya.

“Parang sudah mahu keluar!!!” tulis Zul Ariffin berserta tanda pagar #Tombiruo, #PenungguRimba, #SiapaTombiruo dan #NamanyaDigeruni.

Zul mendukung peranan sebagai Ejim iaitu seorang penunggu hutan yang terpisah daripada saudara kembarnya, Amiruddin (lakonan Farid Kamil).

Karakter yang digalas oleh Zul memerlukannya menukar penampilan luar daripada kebiasaan dengan bertopeng, berambut panjang dan lebih banyak menayangkan badan.

“Handsomenya penunggu rimba,” tulis @raudhahcikdah.

“Encik Zul kita ni best sangat. Watak apa pun sesuai untuk dia,” puji @shuhanimdzain.

“Jangan bah kau tunjuk itu. Gegar sudah iman,” tulis @azeera89.

“Cantik badan dah sebaris dengan pelakon luar negara,” tulis @rozinadeit.




Filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai esok, Khamis, 12 Oktober 2017.

Selain Zul Ariffin, filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani turut dibintangi oleh Nabila Huda, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

Sumber: Gempak



Sumber “Parang sudah mahu keluar” – Peminat wanita puji badan sado Zul Ariffin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kGkxNQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.