Pasaran Pekerjaan US Selepas Bencana Taufan Bulan Lalu
Dua ribut taufan yang telah menimpa Texas dan Florida dijangka akan memberi impak kepada pasaran pekerjaan Amerika Syarikat dalam beberapa bulan akan datang.
Jangkaan bahawa laporan pekerjaan bulan September yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Buruh U.S (BLS) pada malam ini, akan menunjukkan penurunan dalam jumlah tawaran pekerjaan akibat daripada taufan yang menimpa bulan lalu.
”Laporan pekerjaan bulan September merupakan bulan terawal yang akan menujukkan ketidakpastian dalam bacaan jumlah pekerjaan jika dibandingkan dengan arah aliran data sebelum ini yang mencatatkan bacaan 180 000 peningkatan setiap bulan secara purata.” Kata ketua ekonomi di RSM, Joe Brusuelas.
Berdasarkan kajian ramalan pakar ekonomi oleh Bloomberg, menunjukkan
Nonfarm payrolls (jumlah pekerjaan): +80,000
Kadar pengangguran : 4.4%
Pendapatan purata perjam bulan ke bulan: +0.3%
Pendapatan purata perjam tahun ke tahun: +2.5%
Purata jam bekerja sepanjang minggu : 34.4 jam
Pakar ekonomi berbeza pendapat mengenai ramalan terhadap beberapa bulan seterusnya. Ramalan paling tinggi adalah sebanyak 260 000 pekerjaan baru, manakala paling rendah 45 000 pekerjaan baru.
BLS menjangkakan taufan Harvey dan Irma akan memberi impak kepada pertumbuhan pekerjaan, jam bekerja dan upah pekerja. Berdasarkan kaji selidik 6% perniagaan daripada 23,000 berada dalam kawasan yang terkesan dengan badai tersebut.
Isu yang dihadapi sekarang ialah kadar pengangguran jatuh sehingga ke paras yang menghampiri kadar guna tenaga penuh. Akan tetapi pekerja separuh masa yang mahu menjadi pekerja sepenuh masa adalah lebih tinggi daripada data rasmi yang dikeluarkan.
The post Pasaran Pekerjaan US Selepas Bencana Taufan Bulan Lalu appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y43SZE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment