Peluang Hidup Jong-nam Tipis
Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Mohd. Shah Mahmood memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, racun agen saraf VX berkemungkinan masuk ke dalam tubuh mendiang pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam menerusi matanya.
Mohd. Shah , 57, berkata, hasil ujian mendapati racun agen saraf VX terkumpul pada bahagian mata dan muka dengan kadar serapan racun berkenaan meresap terlalu cepat ke dalam tubuh menerusi mata berbanding muka.
“Peluang hidup bagi individu yang terkena racun agen saraf VX sangat tipis. Ini kerana racun agen saraf VX sangat toksik dan menghasilkan komplikasi dalam masa yang cepat. Kebarangkalian untuk mati sangat tinggi dan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pegawai penyiasat berhubung waktu kematian mangsa berlaku dalam masa yang amat singkat,” katanya.
Mohd. Shah berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pada sesi pemeriksaan utama hari ketiga prosiding perbicaraan kes pembunuhan Jong-nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-un.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fM0ng1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment