Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru

Pas memulakan langkah pertama untuk mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek disini, dengan memacakkan bendera parti di sekitar bangunan itu, malam ini.

Langkah itu dibuat oleh Pemuda Pas dengan berkumpul di bangunan tersebut dengan diketuai Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Lebih 15O ahli Pemuda Pas berkumpul di pekarangan Wisma Tok Guru sambil Unit Amal turut kelihatan mengawal keadaan pada kira-kira jam 9 malam.

Dalam ucapannya, Fadhli berkata, pihaknya berkumpul dan memacakkan bendera sebagai menandakan bangunan itu milik Pas.

“Pas telah berikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.

 
“Walaupun sudah menjadi hak kita, namun kita tidak mahu mahu lagi memasuki lagi bagunan ini sebaliknya hanya meletakkan panji kita sebagai simbolik bagunan ini milik kita kerana ia dibangunkan guna wang ahli Pas, ” katanya.

Berlaku sedikit ketegangan apabila Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan memohon mengunakan pembesar suara untuk mententeramkan keadaan tetapi tidak dibenarkan oleh Pemuda Pas.

Sebelum ini, Pas mengesahkan membeli bangunan itu daripada isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, Harifah Dolah.

Bagaimanapun Setiusaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pembelian itu bukan dibuat kerana dendam, sebaliknya disebabkan bangunan itu dibiayai ahli Pas.

                 
Difahamkan bangunan kontroversi itu dibeli dengan harga RM700,000.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah,  Datuk Husam Musa yang sebelum ini diamanahkan supaya menjaga bangunan itu berkata, beliau akan membuat kenyataan berhubung tindakan Pemuda Pas itu esok.

The post Pemuda Pas ‘gempur’ Wisma Tok Guru appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zwnqmG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.