Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Nasihat Jamal Tongkol, Jangan Jual Ikan Di Padang Timur. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Nasihat Jamal Tongkol, Jangan Jual Ikan Di Padang Timur.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunus dinasihatkan tidak mencetuskan provokasi dengan menjual ikan ketika himpunan anti-kleptokrasi dianjurkan Pakatan Harapan hujung minggu ini.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sekiranya berdegil, ketua Umno Sungai Besar itu boleh dikenakan tindakan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Kita nasihatkan Jamal, kalau dia buat juga, kita akan lihat apa kesalahan dia di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan, kita akan minta pihak berkuasa tempatan ambil tindakan,” kata Noor Rashid kepada pemberita hari ini.

Jamal sebelum ini berkata beliau akan menjual ikan ketika himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu ini.

“Saya juga akan turun pada tarikh tersebut dengan membawa 10 tan ikan rakyat untuk dijual dengan harga RM5 sekilo,” kata Jamal.

Noor Rashid berkata, pihaknya mengharapkan Jamal mematuhi masihat polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Saya nasihatkan Jamal jangan ganggu himpunan, jangan cuba cetuskan keadaan huru-hara,” kata Noor Rashid.

Jamal sebelum ini menganjurkan jualan ikan rakyat pada harga RM5 sekilogram di Sekinchan, Ampang dan Pandan.

Menurutnya, jualan ikan di Padang Timur nanti adalah kerana ramai akan berkumpul bagi mendengar ceramah yang dianjurkan pembangkang. - FMT



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1dscX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.