RAM Sahkan Penarafan ‘AAA/stabil’ Ke Atas Terbitan Sukuk Khazanah
KUALA LUMPUR – RAM Rating Services Bhd mengesahkan penarafan ‘AAA/stabil’ ke atas Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Islam RM7 bilion Rantau Abang Capital Bhd, Program Sekuriti Islam Pelbagai Mata Wang RM20 bilion Danga Capital Bhd dan Program Ihsan Sukuk RM1 bilion Ihsan Sukuk Bhd.
Dalam kenyataan di sini, agensi penarafan itu berkata, Rantau Abang Capital, Danga Capital dan Ihsan Sukuk, saluran pembiayaan Khazanah Nasional Bhd, diwujudkan bagi tujuan memudahkan terbitan sekuriti Islam.
Katanya penarafan yang dipertingkatkan akan mencerminkan kepercayaan kredit Khazanah.
“Kami melihat Khazanah mempunyai kepentingan kepada kerajaan Malaysia, berdasarkan peranannya yang strategik dalam ekonomi negara dengan pegangan sahamnya dalam syarikat penting kepada negara.
“Selain hubungan langsungnya kepada kerajaan Malaysia dengan pemilikan penuh kerajaan dan melalui wakil lembaga pengarahnya, kami turut melihat Khazanah sebagai lanjutan daripada kerajaan Malaysia dan menyamakan penarafan syarikat kepada kerajaan,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylNTGS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment