Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Tab Active2 Kini Rasmi – Tablet Tahan Lasak Dengan Sokongan S-Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Tab Active2 Kini Rasmi – Tablet Tahan Lasak Dengan Sokongan S-Pen

Rekaan Samsung Galaxy Tab Active2 tertiris seminggu yang lalu. Pada hujung minggu yang lalu ia akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung. Samsung Galaxy Tab Active2 ialah tablet tahan lasak yang bukan sahaja kalis air serta hentakan, malah turut mempunyai sokongan stylus S-Pen.

Dari segi spesifik ia dilengkapi skrin 8″ FTF WXGA, pemproes Exynos 7870, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 16GB. Terdapat sokongan untuk kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera utama sebesar 8-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 4450 mAh menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C. Ia masih lagi menggunakan Android 7.1.

Dari segi ketahanan ia kalis air dan depu IP68 dan tahan hentakan dari ketinggian 1.2 meter melepasi piawaian MIL-STD 810G. Stylus S-Pen yang disertakan mampu mengesan 4096 tahap tekanan. Galaxy Tab Active2 juga adalah tablet pertama Samsung yang mempunyai sokongan Bixby. Tablet ini direka untuk digunakan di industri petroleum, kimia dan perubatan. Di Eropah ia dijual pada harga Euro 500 (~RM 2451) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gwjZoH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.