Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam ini” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam ini”

Seorang wanita bertindak menolak kereta mewah milik bekas kekasihnya ke dalam kolam renang bagi membalas dendam selepas ditinggalkan lelaki itu.

Kristina Kuchma, 24, dilaporkan marah selepas kekasihnya yang juga seorang pelabur, Guy Gentile memutuskan hubungan mereka ketika bercuti di Bahamas baru-baru ini.

Gentile berkata, dia mengambil keputusan berpisah dengan Kristina selepas wanita itu meminta wang untuk memulakan perniagaan.

“Ketika bercuti Kristina memberitahu dia ingin menceburi bidang pengiklanan dan meminta saya AS$50,000 (RM211,199) untuk memulakan perniagaan.

“Saya berkata kepada dia, anda berjumpa lelaki yang salah,” katanya kepada akhbar The New York Post.

Menurutnya, Kristina yang berang terus menyimbah teh panas ke mukanya dan terus pergi.

Kata Gentile, beberapa hari kemudian dia menerima mesej melalui telefon daripada Kristina yang menuduhnya menipu.

“Dalam mesej itu Kristina memberitahu saya dia ada kejutan di belakang rumah.

“Apabila saya pergi ke belakang rumah saya terkejut melihat kereta berada di dalam kolam renang,” katanya.

Menurut The New York Post, kereta Mercedes Benz S400 milik lelaki itu berharga lebih AS$100,000 (RM422,399).

“Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam ini,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam ini”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gkQLgj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.