Selangor arah 4 bandar bersedia hadapi banjir
Ia berikutan paras air laut naik sehingga 5.5m.
SHAH ALAM: Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt) , menurut Unit Pengurusan Bencana Selangor.
Unit berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan negeri mengarahkan daerah-daerah berisiko antaranya Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.
“Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
“Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan antaranya mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang disediakan,” kata unit berkenaan.
Kenyataan itu juga menyebut, semua pusat pemindahan akan mula dibuka pada Khamis, 2 petang. FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xWuY2P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment