Syarikat Di Britian Semakin Sukar Mencari Pekerja Selepas Brexit
Bilangan mereka yang diambil bekerja di Britian melalui agensi-agensi pekerjaan pada bulan lepas semakin perlahan, dan jatuh buat kali pertama kali di London sejak setahun yang lalu berikutan Brexit menyukarkan syarikat untuk mencari kakitangan.
IHS Markit atau Recruitment and Employment Confederation (REC) berkata pekerjaan tetap yang diisi oleh agensi pekerjaan meningkat pada kadar yang paling perlahan dalam tempoh 5 bulan.
REC dalam laporan bulanannya mengatakan, kadar penempatan yang jatuh di London mencerminkan masalah pengambilan pekerjaan yang di hadapi khususnya dalam sektor kewangan.
Angka pekerja daripada Kesatuan Eropah (EU) yang hadir bekerja di Britian semakin rendah menyebabkan berlakunya kekurangan kakitangan.
Ketua eksekutif REC, Kevin Green berkata, “Pekerjaan berkemahiran rendah seperti pemprosesan makanan, gudang dan katering sukar dipenuhi berikutan sektor ini telah mengambil banyak pekerja daripada Kesatuan Eropah berbanding yang lain sebelum ini”.
Pada bulan yang lalu, Bank pusat England (BoE) berkata majoriti ahli mereka yakin bahawa kadar faedah akan dinaikkan pada bulan hadapan jika ekonomi dan inflasi semakin meningkat.
Kajian REC/IHS Markit menunjukkan kejatuhan mendadak pada bilangan calon untuk pekerjaan tetap dalam tempoh empat bulan, sementara pertumbuhan permulaan gaji bagi pekerja tetap pada bulan September sedikit menyusut daripada paras tertinggi 22 bulan lalu yang berjaya dicapai pada bulan Ogos.
Bacaan-bacaan ekonomi UK yang terkini telah menyebabkan pandangan yang bercampur terhadap unjuran ekonomi. Pada awal pagi tadi, firma akauntan BDO mengatakan jualan runcit UK secara keseluruhannya meningkat 2.9 peratus dalam unjuran tahunan dan sedikit kenaikan berbanding bacaan bulan Oktober.
Namun peningkatan tersebut tidak jelas dengan kadar jualan yang rendah pada bulan September tahun 2016, menunjukkan pertumbuhan ekonomi masih perlahan.
The post Syarikat Di Britian Semakin Sukar Mencari Pekerja Selepas Brexit appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQCo3i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment