Hi! Welcome Back and Stay Tune! Taylor’s University Diiktiraf Universiti Ke-150 Terbaik Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Taylor’s University Diiktiraf Universiti Ke-150 Terbaik Asia

KUALA LUMPUR – Taylor’s University berada di kedudukan 150 terbaik di Asia berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Ranking Universiti Asia yang diumumkan hari ini iaitu peningkatan sebanyak 29 anak tangga.

Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Michael Driscoll berkata, pengiktirafan itu memberi isyarat bahawa Taylor’s University berada di landasan yang betul.

“Untuk sebuah universiti yang baru seperti Taylor’s University, pencapaian untuk masuk ke dalam senarai 150 universiti teratas Asia dalam masa yang singkat adalah amat membanggakan.

“Ia menggariskan kualiti pendidikan yang kami sediakan. Kejayaan ini juga menjadikan aspirasi kami untuk menjadi salah satu universiti terkemuka di Asia menjelang tahun 2022 lebih mudah dicapai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Taylor’s University menunjukkan peningkatan yang ketara daripada kedudukan ke-250 pada 2015/2016 dan nombor 179 pada 2016/2017 sebelum diiktiraf sebagai universiti ke-150 di Asia tahun ini.

Ia juga menduduki tempat ke-8 dalam kalangan 27 universiti di Malaysia yang dinilai oleh QS.

Taylor’s University adalah satu-satunya universiti swasta bukan syarikat berkaitan kerajaan yang diiktiraf dalam senarai tertinggi QS Asia University Ranking. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytDDvj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.