Hi! Welcome Back and Stay Tune! TIADA INDIVIDU ‘H’ KERJA DI PEJABAT PERDANA MENTERI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TIADA INDIVIDU ‘H’ KERJA DI PEJABAT PERDANA MENTERI

SHAH ALAM – Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memaklumkan Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai seperti dinamakan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, individu berkenaan juga tidak berkhidmat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat kanan seperti mana yang didakwa.

“Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai bernama sedemikan berkhidmat dengan perdana menteri,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendedahkan, beliau diumpan RM5 juta oleh penasihat kanan Najib untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dengan biasiswa RM400,000.

Tawaran termasuk dana untuk beliau memulakan sekolah debat bakal diketuainya di seluruh negara.

Dalam satu wawancara bersama Sinar Harian kelmarin, Syed Saddiq turut mendedahkan beliau mengenai individu tersebut, namun tidak pernah bersua. Sebaliknya, dia bertemu dengan beberapa orang tengah yang cuba memujuk beliau untuk meninggalkan Bersatu.

Tambahnya, pelbagai kaedah digunakan oleh orang tengah itu untuk meyakinkan dirinya bahawa pemberian wang berjumlah RM5 juta sebagai geran bagi membina sekolah-sekolah debat di negara ini, bukan rasuah sebaliknya salah satu cara membantu rakyat.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUwWCV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.