Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Berjaya Menuntut Cerai Kerana Suami Enggan Membina Tandas Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Berjaya Menuntut Cerai Kerana Suami Enggan Membina Tandas Rumah

Seorang surirumah Sangeeta Mali berusia 23 tahun dibenarkan oleh mahkamah untuk menuntut cerai kerana suaminya enggan membina tandas di rumah mereka. Sepanjang 5 tahun berumahtangga, si isteri dipaksa membuang air di merata halaman rumah dan kebun.

Menurut wanita berkenaan, tindakan memaksanya buang air merata tempat adalah satu bentuk penderaan. Katanya dia sering menahan diri dari membuang air sehingga malam kerana malu melakukannya pada waktu siang.

“Setiap hari penuh penderitaan – menunggu sehingga malam supaya tiada orang dapat melihat, pundi kencing saya seperti pecah. Saya sudah tidak tahan hidup seperti ini,” luah Sangeeta.

Selama dua tahun dia asyik berulang-alik ke rumah ibunya semata-mata mahu menggunakan tandas. Pada tahun 2015 dia pernah memfailkan perceraian. Tapi hakim sekadar menasihatkan suaminya supaya membina tandas rumah.

Sepanjang perkahwinan dia merayu kepada suaminya supaya membina tandas di rumah mereka. Tetapi tidak diendahkan dengan alasan isterinya sama seperti orang lain, jadi harus buang air merata tempat mengikut kebiasaan penduduk tempat mereka.

Selepas mengabaikan arahan mahkamah untuk membina tandas di rumahnya, akhirnya si isteri berjaya mendapat hak perceraian.

Menurut hakim, memaksa wanita membuang air di merata tempat yang boleh dilihat orang awam adalah satu bentuk penderaan.

Hakim juga mengkritik si suami kerana mampu membeli telefon bimbit dan barangan mewah lain tapi tidak pula dapat menyediakan sejumlah wang untuk membina tandas rumah.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kt2Z7G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.