Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yunho (TVXQ) Ditawar Jadi Askar Profesional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yunho (TVXQ) Ditawar Jadi Askar Profesional

Selesai menjalani latihan ketenteraan sejak 20 April lalu, Yunho kini kembali sibuk dengan aktiviti seni bersama seorang lagi anggota TVXQ, Changmin.

Ketika muncul dalam program terbitan KBS TV, ‘Happy Together’, baru-baru ini, bintang berusia 31 tahun ini turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalankan tanggungjawab kepada negaranya selama 21 bulan lalu.

Memulakan latihan pada 21 Julai 2015, Yunho terpilih dalam pasukan Angkatan Bersenjata Republik Korea. Dia menjalani latihan asas lima minggu latihan di Yangju, Wilayah Gyeonggi, dan menjadi ketua pasukannya.

..

Menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan, Yunho dianugerahkan anugerah penghormatan “Best Recruit”. Bahkan dia juga dia dinobat sebagai ‘Special Warrior’ pada 9 Mei 2016.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Jung Yun Ho ini mendedahkan dia sebenanrya ditawarkan untuk berkhidmat secara tetap dalam pasukan tentera Republik Korea Selatan.

Tawaran tersebut bedasaran pencapaiannya memperolehi markah tinggi pada semua ujian seperti menembak dan fizikal dan dia dilabel sebagai ‘askar khas’.

“Saya ditawarkan pekerjaan sebagai seorang askar profesional, saya sebenarnya ada terfikir mahu menjadi selebriti pertama yang menjadi tentera profesional sehingga Changmin menjalani latihan ketenteraannya,” kata Yunho.

Sejurus mendengar pengakuan temannya itu, Changmin berkata “Saya berpuas hati sebagai seorang askar biasa,” katanya sambil tersenyum.

Changmin menamatkan latihan ketenteraan pada 18 Ogos lalu.

The post Yunho (TVXQ) Ditawar Jadi Askar Profesional appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xhq2bv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.