Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Destinasi Percutian Bercuaca Sejuk Tanpa Perlu Ke Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Destinasi Percutian Bercuaca Sejuk Tanpa Perlu Ke Luar Negara

Selain daripada kawasan pantai, kebanyakkan orang cendurung untuk memilih kawasan bercuaca sejuk sebagai destinasi untuk percutian mereka.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim tropika, ramai yang tidak terfikir bahawa terdapat beberapa buah destinasi tempatan yang boleh memberikan suasana dingin seperti di luar negara.

Tapi kenapa perlu pergi sampai ke luar negara sedangkan di Malaysia pun ada destinasi sejuk yang boleh anda lawati. Memang sesuai sangat untuk berbulan madu.

Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Selain ke Taman Ros, anda boleh menikmati suasana romantis sambil menikmati teh panas di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh.

Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Struktur bangunan kolonial akan membuatkan anda rasa seperti berada di luar negara.Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih seperti taman di negara matahari terbit.

Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati alam semula jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di daerah  “The Little England of Malaysia” ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan. Anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.

Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.

Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus.

Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping dan dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mlTNmw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.