Hi! Welcome Back and Stay Tune! HONDA WAVE DASH FI 2017 PENUHI CITARASA PENUNGGANG MUDA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HONDA WAVE DASH FI 2017 PENUHI CITARASA PENUNGGANG MUDA


Trendy dan bergaya!!
Dua perkataan paling tepat untuk menggambarkan bagaimana Honda Wave Dash Fi 2017 mampu penuhi citarasa serta kehendak penunggang muda di negara ini.
Didatangkan dalam bentuk sangat menarik dan memenuhi selera penunggang muda yang sentiasa inginkan kelainan dalam setiap gerak langkah mereka.
Honda Wave Dash Fi diinspirasikan Boon Siew Honda agar dapat memberikan keghairahan kepada penunggang muda untuk memilikinya sebagai aset penting yang menyokong ketrampilan mereka.
Slogan “Make An Impression, Everywhere You Go” menggambarkan BSH memahami desakan keinginan penunggang muda yang sentiasa berusaha untuk tampil bergaya sekalipun di jalan raya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Nobuhide Nagata berkata, BSH sentiasa berusaha mempertingkatkan kreativiti rekaan serta prestasi mereka bagi menawan hati dan selesa penunggang muda.
"Kita sedar keinginan penunggang muda yang inginkan gaya hidup lebih pantas dalam setiap pergerakan dalam masa sama mengutamakan penggunaan perantara (tunggangan) yang mampu menarik perhatian, dan bergaya sebagai medium, "katanya.
Ciri- ciri menarik yang dimiliki Honda Wave Dash Fi:
- Merupakan mesin jenis underbone atau kapcai dwi brek cakera dan break cakera depan (2 type), dilengkapi dengan enjin empat lejang 109cc yang bersepadu dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi).
- Terdiri dari rekaan luar yang lebih segar, dengan kecekapan bahan api yang terus dipertingkatkan kepada 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan lebih baik.
- Lebih menarik, New Wave Dash Fi ini didatangkan dalam tiga warna fesyen bergaya iaitu Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta warna eksklusif, Edisi Repsol.
- Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda) dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
- Model yang didatangkan dengan dua tahun jaminan kilang atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) ini ditawarkan dalam beberapa peringkat harga bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 serta RM6,337.74 termasuk GST, dan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yveNsH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.