Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barang Kemas & Wang Tunai Dijumpai Dalam Timbunan Sampah Yang Yang Dihanyutkan Air Ketika Banjir Melanda Baru-Baru Ini.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barang Kemas & Wang Tunai Dijumpai Dalam Timbunan Sampah Yang Yang Dihanyutkan Air Ketika Banjir Melanda Baru-Baru Ini..


GEORGE TOWN: Barang kemas dan wang tunai antara yang dihanyutkan air ketika banjir melanda beberapa kawasan dekat sini baru-baru ini.
Beberapa keping gambar barangan berharga itu yang dikatakan ditemui petugas Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) disebalik timbunan sampah semasa operasi pembersihan banjir dilakukan tular di media sosial.

Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad berkata mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan barang kemas atau wang tunai di sebalik timbunan sampah.
"Tiada laporan diterima setakat ini dan pegawai kami sedang meneliti perkara tersebut," katanya.
Antara barang kemas yang didakwa ditemui petugas MPSP.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menaruh kepercayaan penuh terhadap MPSP kerana pihak majlis berkuasa tempatan itu tidak akan menyembunyikan penemuan barangan berharga seperti didakwa.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tun Seang berkata tiada pekerja MBPP melaporkan mengenai penemuan tersebut setakat ini.

"Jika ada, kita akan mengklasifikasikannya sebagai harta hilang dan ditemui serta akan cuba mencari pemiliknya. Sebagai usaha terakhir, kami akan menyerahkan barang tersebut kepada polis," katanya.
Antara gambar yang tersebar termasuk beberapa ikat duit RM100 yang disimpan di dalam kertas putih yang terkoyak dan juga dompet kosong.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AEekpx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.