Gagal ke AJL32 tak halang Nana terus berkarya
KUALA LUMPUR: Kegagalan lagu Terus Mencintai melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Februari depan, tidak pernah melunturkan semangat peminat untuk terus menyokong penyanyi, Siti Nordiana.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, berkata beliau cukup terharu apabila ramai peminatnya hadir dan bersorak demi memberikan sokongan kepadanya pada acara Semi Final Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.
"Kalah dan menang, semua itu sudah tertulis. Saya sendiri sudah melakukan yang terbaik dan selebihnya, juri yang tentukan.
"Memang ramai peminat yang hadir memberikan sokongan, tetapi apakan daya, lagu itu gagal ke final. Mujur mereka faham dan tidak pernah putus asa untuk terus memberikan sokongan. Yang penting, mereka sayang saya," katanya kepada BH Online.
Tambah Nana, walaupun gagal ke AJL32, beliau menyifatkan peluang bersaing di pentas separuh akhir sudah cukup besar buatnya, apatah lagi Terus Mencintai ialah lagu pertama ciptaan beliau.
Dalam pada itu, penerimaan peminat terhadap lagu ciptaannya sendiri membuatkan Nana terus bersemangat untuk menghasilkan lagu mengikut cita rasa mereka.
"Sebenarnya, saya hasilkan apa yang peminat suka kerana merekalah yang akan mendengar lagu saya.
"Saya pula tidak sesekali menghasilkan lagu dengan harapan untuk ke pentas AJL. Harapan saya cuma satu, agar lagu itu mampu menarik perhatian orang ramai," katanya sambil meramalkan lagu dendangan Hael Husaini, Jampi, karya ciptaan penyanyi itu bersama-sama Ezra Kong, mampu menjadi juara AJL32.
Dalam perkembangan lain, Nana yang akan genap 33 tahun pada 22 November ini berkata, beliau bakal menjalani penggambaran drama baharu, Pengantin Musim Salju, bergandingan dengan Alif Satar, dalam masa terdekat.
Sebelum ini, kedua-duanya mencipta fenomena tersendiri apabila disatukan dalam drama bersiri, Dia Semanis Honey. Malah, dek sambutan hangat ke atas naskhah berkenaan, ia turut diangkat ke pentas teater dan dipersembahkan dalam bentuk muzikal.
Penyanyi yang mula menjejakkan kaki ke dunia seni menerusi album Gurindam Rindu Berkasih (1999) itu juga bakal menjalani ibadat umrah bersama-sama keluarga pada 5 Disember depan.
Sumber Gagal ke AJL32 tak halang Nana terus berkarya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zDIgSp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment