Hi! Welcome Back and Stay Tune! Transaksi Maybank2U dijangka cecah RM22b - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Transaksi Maybank2U dijangka cecah RM22b

KUALA LUMPUR: Maybank menjangkakan nilai transaksi perbankan menerusi aplikasi mudah alihnya, Maybank2U mencecah RM22 bilion menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Maybank, Mohd Suhail Amar Suresh, berkata pihaknya yakin angka itu mampu dicapai berikutan penambahan jumlah pelanggan Maybank, yang kini beralih kepada platform digital perbankan itu.

Katanya, sebanyak 467.7 juta transaksi dicatatkan menerusi aplikasi mudah alih bernilai RM16 bilion pada tahun lalu dan kini, Maybank mencatatkan RM19 bilion nilai transaksi menerusi platform terbabit.

"Aplikasi perbankan baharu yang diperkenalkan awal tahun ini lebih mudah digunakan berbanding sebelumnya, sekali gus berjaya menarik perhatian pelanggan kami.

"Jika boleh, kami ingin semua pelanggan Maybank beralih kepada penggunaan digital platform," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat media dan penganalisis, di Menara Maybank, di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah Maybank ke arah platform digital turut mendapat sambutan apabila 48 peratus daripada pelanggannya kini aktif melakukan urusan perbankan menerusi platform terbabit.

"Keyakinan pelanggan terhadap platform digital terus meningkat dengan 50 peratus daripada akaun semasa baharu kini dibuka melalui saluran digital."

"Selain itu, 74 peratus pemindahan baki dan 71 peratus pemohonan EzyPay Plus dibuat menerusi saluran digital kami," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, disebabkan pembabitan tinggi terhadap transaksi digital bank itu, Maybank akan terus berusaha meningkatan keupayaan platform itu khususnya dari segi keselamatan bagi mengekalkan keyakinan pelanggan.

"Antara pembaharuan yang sedang dirancang adalah perkenalan terhadap sistem pengecaman muka dan suara serta pembayaran QR kepada pelanggan perbankan digital kami," katanya.



Sumber Transaksi Maybank2U dijangka cecah RM22b

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zwGrt7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.