Hi! Welcome Back and Stay Tune! SayaKenaHack.com Ingin Mudahkan Semakan Data Anda Dengan Ketirisan Data Telekomunikasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SayaKenaHack.com Ingin Mudahkan Semakan Data Anda Dengan Ketirisan Data Telekomunikasi

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan ketirisan data pengguna yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui arena web. Menurut laporan awal daripada Lowyat.net, ketirisan ini melibatkan hampir 50 juta rekod pengguna tempatan – dimana kebanyakkannya adalah daripada syarikat telekomunikasi.

Terkini, salah seorang pembangun tempatan, iaitu Keith Rozario hadir dengan sebuah laman khusus dinamakan SayaKenaHack yang membolehkan pengguna menyemak sama ada anda terjejas dengan ketirisan ini atau sebaliknya.

Melalui laman berkenaan, anda boleh memasukkan nombor kad pengenalan dan ia akan memaparkan senarai nombor telefon yang berdaftar dengan nombor kad pengenalan anda.

Untuk makluman, melalui ketirisan data pengguna tempatan yang melibatkan hampir 50 juta rekod, ia menyertakan data lain termasuk seperti nama, nombor IMEI, dan sebagainya. Ia telah dibuang, malah nombor telefon yang dipaparkan juga telah disunting untuk paparan dua nombor terakhir sahaja.

Menurut pembangunnya juga, mereka tidak melog sebarang nombor kad pengenalan yang dimasukkan pada laman berkenaan.

Buat masa ini, ia hanya menyertakan data daripada ketirisan melibatkan rangkaian Maxis, Digi, Celcom dan UMobile sahaja. Data rangkaian lain dijangka akan dimuat-naik tidak lama lagi.

Pihak SKMM dan pihak bertanggungjawab sedang melakukan siasatan, dan sebelum ini telah mengatakan mereka telah mengenal-pasti sumber ketirisan ini.

Semak : SayaKenaHack

Layari : Sumber SayaKenaHack di GitHub



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zSecFT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.