Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mendedahkan kurang daripada satu peratus pelajar sekolah di Malaysia pernah mencuba dadah.

Timbalan Menteri Pendidikan I Chong Sin Woon berkata, berdasarkan statistik kementerian itu, sehingga 31 Julai 2017, 1,410 pelajar atau 0.03 peratus daripada 4.7 juta pelajar sekolah pernah mencuba barang terlarang itu.

Bagaimanapun tegasnya, statistik itu hanya merujuk kepada pelajar yang pernah mencuba dadah.

"Golongan ini tidak dikategorikan sebagai penagih tegar. Mereka masih mengikuti sesi pembelajaran di sekolah," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) yang ingin tahu tentang bilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti dadah dan apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung perkara ini.

Tegas Sin Woon, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membanteras gejala itu secara keseluruhannya, termasuk dalam kalangan pelajar di sekolah selain menjalinkan kerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi menangani masalah tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yXL4g7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.