Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Yang Terindah’ Daripada Achey Raih 2.2 Juta Tontonan Di YouTube - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Yang Terindah’ Daripada Achey Raih 2.2 Juta Tontonan Di YouTube

‘Yang Terindah’ Daripada Achey Raih 2.2 Juta Tontonan Di YouTube

Dedikasikan lagu buat isteri tercinta. (Pic: Instagram @acheykintangkintung)

Siapa sangka lagu yang dihasilkan untuk isteri tercinta, Yang Terindah meraih sambutan luar biasa bila dimuatnaik baru dua minggu tetapi telah mencecah lebih 2.2 juta tontonan di YouTube.

Sudah pasti insan paling gembira adalah Achey sendiri kerana luahan jiwa yang diinspirasikan bersempena ulang tahun ke – 27 isterinya, Nur Hasanah Yahaya, disukai ramai.

Angka berkenaan diperoleh selepas dua minggu klip video lagu dan lirik ciptaan pelawak serta penyampai radio Era itu dimuat naik ke laman YouTube.

Berdasarkan kisah rumah tangga yang dibina.

Lebih mengharukan apabila klip berkenaan turut berada pada kedudukan ke-13 paling trending di laman berkenaan.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Haji Hamzah memberitahu, dia bersyukur lagu yang menggambarkan perasaannya menerima maklum balas positif.

“Syukur Alhamdulillah, saya tidak sangka mendapat sambutan luar biasa peminat kerana ini percubaan pertama saya dalam nyanyian.

“Ia bukan hanya mengenai seorang wanita istimewa tetapi membawa maksud yang lebih meluas. Ia juga berkisar perjalanan rumah tangga yang kami dibina sejak enam tahun lalu," katanya.

Enam bulan untuk siapkan lagu.

Achey berkata, dia mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menyiapkan lagu berkenaan dengan susunan muzik disempurnakan Zimi Sofazr.

Dalam pada itu, Achey turut berharap peminatnya membuat permintaan lagu itu di radio tempatan untuk membolehkannya berkumandang di udara.

“Dorongan rakan terdekat dan keluarga memberi kekuatan untuk saya menjadikan lagu ini sebagai single sulung.

“Tugas di sebuah stesen radio besar bukan tiket mudah untuk membolehkan lagu kita diputarkan kerana ia masih perlu melalui proses sama seperti dendangan lain.

Harap peminat menyokong.

“Lagu ini masih mengharapkan sokongan pendengar dan peminat dengan membuat permintaan supaya ia diputarkan.

Kepada mereka yang menyokong lagu tempatan, saya harap buatlah permintaan dan undi lagu ini di radio kegemaran anda," katanya lagi.

Video lirik Yang Terindah diterbitkan Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yVXXrh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.