Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kucing Liar ‘Suspek’ Cubaan Bunuh Wanita Tua Yang Sedang Terlantar Sakit.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kucing Liar ‘Suspek’ Cubaan Bunuh Wanita Tua Yang Sedang Terlantar Sakit..


TOKYO – Siasatan polis terhadap kes cubaan bunuh membabitkan seorang wanita tua yang terlantar sakit membawa kepada suspek yang sangat tidak disangka iaitu seekor kucing liar.

Mayuko Matsumoto, 82, yang terlantar di katil ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak perempuannya di Kumamoto dekat sini pada 6 November lalu dengan hampir 20 kesan kelar di muka.


“Saya terkejut melihat mukanya penuh dengan darah berlumuran. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada ibu saya,” kata anak mangsa yang dipetik oleh media Jepun.

Pihak polis pada mulanya menyiasat kes tersebut sebagai cubaan bunuh kerana mengesyaki wanita berkenaan diserang oleh individu dengan bersenjata pisau.

Penyiasat malah pada asalnya turut bingung apabila tidak menemui sebarang kesan pecah masuk dan sebarang bukti ditinggalkan oleh suspek di rumah mangsa.


Keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap kerana sakit menyukarkan lagi pihak polis untuk mengenal pasti suspek sebenar yang menyerangnya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati kecederaan yang dialami wanita itu hampir sama seperti kesan cakaran kucing.


Polis mencari berapa ekor kucing liar yang sering berkeliaran di rumah wanita itu dan menjumpai kesan darah pada badan seekor haiwan berkenaan.

Sampel darah pada kucing berkenaan kini diambil untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia sepadan dengan darah mangsa atau tidak.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ABWWB4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.