Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan lengkap TN50 dibentang pada Hari Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan lengkap TN50 dibentang pada Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap hasil aspirasi rakyat Malaysia menerusi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Hari Malaysia, 16 September tahun depan.

Laporan Aspirasi Belia, hasil pungutan suara golongan belia pula akan dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Januari ini.

Khairy berkata, hingga kini, beliau berdialog dengan bertemu lebih 1.5 juta orang dan mengumpul 80,000 aspirasi menerusi perjumpaan dan juga secara dalam talian.

"Aspirasi ini tidak eksklusif kepada penduduk di kawasan bandar saja sebaliknya turut digerakkan ke luar bandar. Jadi agenda ini turut digerakkan untuk mendapatkan aspirasi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Malah saya melihat aspirasi mengenai kelestarian akan menjadi agenda besar kerajaan. Namun perubahan bukan saja dari segi pemikiran tapi juga tingkah laku masyarakat kita," katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan kolaborasi korporat di antara Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan dalam tren di Stesen LRT Gateway - Universiti, di sini.

Pada majlis yang sama, seramai 10 duta muda TN50 Prasarana diperkenalkan yang turut menyerahkan 10 aspirasi yang dikumpulkan daripada pengguna perkhidmatan di bawah kendalian Prasarana.

Sementara itu, Khairy turut menyambut baik idea yang diketengahkan oleh Kumpulan Prasarana dalam promosi elemen TN50.

Sebanyak dua bas dua tingkat dan 42 bas setingkat Rapid KL serta dua tren empat gerabak LRT laluan Kelana Jaya dibaluti dengan elemen TN50.

Kata Khairy, ia boleh menjadi contoh kepada entiti korporat dan swasta untuk menyumbang kepada kesedaran TN50.

"TN50 bukan saja digerakkan oleh kerajaan tapi turut dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta. Namun Prasarana adalah badan korporat pertama yang terbabit dalam mempromosikan agenda ini.

"Namun, ini bukan kali pertama kita kerjasama dengan Prasarana. Menerusi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berjaya membuahkan hasil yang positif menerusi Inisiatif Hijau yang dijalankan apabila berjaya mengurangkan penggunaan gas rumah hijau menerusi pengangkutan awam," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata, 10 Duta Muda Prasarana yang dilantik oleh agensi terbabit akan terus turun mengumpul aspirasi TN50 daripada orang awam.

"Mereka yang dipilih ini adalah warga kerja muda yang cekal dan bersemangat dalam merealisasikan aspirasi TN50.

"Duta Prasarana ini juga akan bertindak untuk meningkatkan kesedaran orang awam untuk terus menggunakan pengangkutan awam yang ditawarkan," katanya.



Sumber Laporan lengkap TN50 dibentang pada Hari Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iSwDPH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.