Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Ibu 'Kejam' Di Jatuhi Hukuman Penjara 75 Tahun Lacur 2 Anak Kandung Usia 10 & 13 Tahun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Ibu 'Kejam' Di Jatuhi Hukuman Penjara 75 Tahun Lacur 2 Anak Kandung Usia 10 & 13 Tahun..


IBU tunggal mengaku salah atas 10 pertuduhan menganiaya dan melacurkan dua anak kandungnya dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin


JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan dua anak kandungnya awal bulan lalu.

Wanita berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana dalam lima kejadian antara jam 9.25 pagi hingga 12.21 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan 4 hingga 7 Oktober.


Tertuduh sebagai ibu kandung kanak-kanak berusia 10 dan 13 tahun itu didakwa menganiayai dari segi seks kanak-kanak berkenaan dengan melacurkan mereka.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mengikut fakta kes, kedua-dua kanak-kanak terbabit dipaksa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikan tertuduh.

Tertuduh didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuannya sebanyak lima kali iaitu pada 1, 4, 5, 6 dan 7 Oktober.


Wanita itu menerima bayaran RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20 selepas anaknya dilacurkan.

Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia adalah kesalahan serius membabitkan kepentingan awam dan tindakan tertuduh melacurkan anak meletakkan kanak-kanak terbabit dalam trauma.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana mempunyai dua lagi anak berusia empat dan lima tahun.


Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata, hukuman itu mengambil kira kepentingan awam dengan memberi pengajaran kepada masyarakat dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya.Ia menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zFupuZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.