“Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur tinggal ada seluar dalam” – Syamel dakwa bagasi dicuri ketika ke China
KEHADIRAN penyanyi Syamel mewakili Malaysia pada festival muzik ABU TV song Festival 2017 yang diadakan di Chengdu, China pada 1 November lalu rupa-rupanya meninggalkan banyak memori pahit dan manis buat dirinya.
Dedah bekas juara program Akademi Fantasia 2015 ini, ketika berada di negara itu Syamel terkejut apabila seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke hotel penginapannya.
Kata Syamel lagi, pada awalnya dia menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.
“Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.
“Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut,” katanya.
Syamel ditemui pada pertandingan Semi Final Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada malam Ahad.
Dua buah lagu ciptaan Syamel iaitu Aku Cinta duet bersama Erni Zakri dan Lebih Sempurna layak ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.
Bagaimanapun kata Syamel, dia menolak secara baik permintaan wanita itu kerana sedar pemergiannya ke China bukan untuk menimbulkan masalah selain tidak tahu niat sebenar wanita itu.
“Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan,” jelasnya.
Dalam pada itu, cerita Syamel lagi, kisah malangnya bermula ketika dia dalam perjalanan ke China apabila bagasinya ‘hilang’ sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.
“Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.
“Paling penting bahagian ‘dalam’ dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.
“Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari,” katanya.
Bercakap mengenai festival itu, Syamel berkata, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya selain melihat banyak peluang dan potensi untuk penyanyi dari Malaysia melebarkan sayap ke luar negara.
“Apa yang saya lihat banyak perkara sebenarnya kita boleh buat di luar meskipun berlainan bahasa dan budaya tetapi masyarakat di China sangat menghargai sesebuah karya.
“Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara,” katanya.
Selain Malaysia, festival bukan berbentuk pertandingan itu turut menyaksikan persembahan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan dan Turkmenistan.
Beralih kepada dua lagunya berjaya mara ke AJL32, Syamel berkata, dia menganggap perkara itu sebagai hikmah selepas kontroversi melandanya dirinya pada pertandingan itu tahun lalu.
Jelas Syamel, walaupun ada perasaan fobia namun keputusan dibuat pihak juri memberi kelegaan pada dirinya selain teruja memandangkan dia masih baharu sebagai komposer.
“Jujur saya fobia dengan apa jadi dahulu tetapi saya sudah lupakan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki.
“Dua lagu terpilih pada tahun ini saya anggap ia hikmah daripada apa yang berlaku dahulu dan sebagai seorang penyanyi dan komposer ia pencapaian besar,” katanya.
Tahun lalu, lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
Sumber: Mstar
Sumber “Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur tinggal ada seluar dalam” – Syamel dakwa bagasi dicuri ketika ke China
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i9ptXB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment