Jalaluddin Hassan dedah pada mulanya dihalang nikah dengan Rapidah
PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan mendedahkan keputusannya memperisterikan Rapidah Abd Ghani pada awalnya mendapat tentangan daripada ibu mertuanya iaitu Esah Samad, 77, gara-gara beliau adalah seorang artis.
Bagaimanapun kata Jalaluddin, 63, beliau akhirnya berjaya menyakinkan wanita itu dengan bantuan pengarah dan aktivis teater iaitu Lokman Ghani yang juga abang kepada Rapidah.
“Alhmadulillah anak-anak memang tidak menghalang saya berkahwin malah mereka rasa berdosa kerana tidak dapat jaga saya dengan baik sebelum arwah isteri meninggal.
“Bagaimanapun ibu mertua kurang bersetuju, maklumlah artiskan, girlfriend banyak… hahaha!
Jalaluddin menyarungkan cincin ke jari manis isterinya selepas upacara akad nikah.
“Namun ibunya terbuka hati menerima saya selepas diyakinkan oleh Lokman yang juga rakan baik saya dan kami pun banyak mengharungi pelbagai cabaran sebelum ini,” katanya.
Pada Ahad, Jalaluddin dan Rapidah, 44, sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn dekat sini.
Rapidah merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak.
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, dia tertarik dengan Rapidah kerana wanita itu mengingatkan dirinya kepada Allahyarham isterinya, Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada 5 November tahun lalu.
“Kami kali pertama bertemu ketika menghadiri rumah terbuka Lokman pada Aidifitri yang lalu dan apabila melihatnya melayan tetamu dan pergerakannya ia mengingatkan saya kepada arwah isteri.
“Kami sempat bergambar bersama dan saya berikan nombor telefon saya kepadanya kerana ingin meminta dia menghantar gambar yang diambil kepada saya.
“Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan seterusnya Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” katanya.
Sementara itu, Rapidah pula memberitahu dia tidak pernah menyangka akan bersuamikan Jalaluddin malah mengambil masa apabila pelakon itu melamar dirinya.
Kata Rapidah, dia terbuka hati apabila melihat sikap suaminya itu yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap anak-anak dan cucu-cucunya.
“Pada awalnya memang tiada niat hendak berkahwin pun tetapi apabila dah berkenalan saya lihat beliau seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya.
Dapam pada itu mengenai reaksinya yang tiba-tiba sebak ketika membacakan taklik selepas akad nikah, Jalaluddin berkata, dia sedar tanggungjawab sebagai suami adalah besar dan ingin memberikan yang terbaik kepada Rapidah selain terkenangkan arwah isterinya.
“Saya sedar tanggungjawab saya berat dan itu membuatkan saya sebak namun saya bersyukur kerana sepanjang 40 tahun perkahwinan dengan arwah isteri saya sudah melatih diri tentang erti kesetiaan dan tanggungjawab.
“Saya berhenti membaca taklik itu kerana janji itu adalah pada arwah tetapi sekarang janji itu beralih kepada Rapidah,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Jalaluddin berkata, dia merancang untuk membawa isterinya berbulan madu ke Russia pada Disember ini namun Rapidah menolak perancangan itu.
Sebaliknya kata Jalaluddin, isterinya itu ingin menghabiskan masa mengenali anak-anak dan cucu-cucunya dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
“Katanya inilah masa dia ingin mengenali anak-anak saya dan cucu-cucu tambahan pula musim cuti sekolah pun bakal bermula.
“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah pada Februari tahun hadapan,” katanya.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yVtXvx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment