Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM KINI SESUAI DIGELAR ‘USTAZ ZAHID HAMIDI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM KINI SESUAI DIGELAR ‘USTAZ ZAHID HAMIDI

Di sebalik ingatan Perdana Menteri, Najib Razak agar jangan ada sesiapa mempolitikkan kejadian banjir di Pulau Pinang, tapi sayang seribu kali sayang, pemimpin nombor dua dalam kerajaan sendiri telah mengingkari perkara itu.

Ketika berucap di hadapan perwakilan Gerakan semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang itu sebagai suatu bala daripada Tuhan.

Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan bahawa ini adalah ketika yang terbaik untuk kita ambil alih Pulau Pinang, kata beliau.

Dengan ucapan sedemikian, malah mampu mentafsir sesuatu kejadian untuk kepentingan kelompok sendiri, Zahid Hamidi bukan saja terang-terangan mempolitikkan kejadian banjir di Pulau Pinang untuk kepentingan Gerakan dan BN serta mengingkari nasihat Perdana Menteri, malah beliau kini lebih sesuai digelar “Ustaz Zahid Hamidi”.

Biasanya hanya “ustaz-ustaz politik” daripada sebuah parti yang kini menjadi kawan karib UMNO dan BN saja yang ada kemampuan mentafsir kejadian Tuhan di mana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka, ia dianggap sebagai ujian, sebaliknya kalau berlaku kepada pihak lain yang dimusuhinya, ia dikatakan sebagai bala Tuhan.

Nampaknya kini “Ustaz Zahid Hamidi” juga sudah terjangkit perkara yang sama.

Jika demikian tafsiran atau fatwa daripada “Ustaz Zahid Hamidi”, bagaimana dengan banjir yang turut berlaku di banyak negeri lain?

Johor, Perak, Kedah, malah Langkawi juga dilanda banjir sebelum ini?

Lebih daripada itu, pada tahun 2016 lalu, Putrajaya pun dilanda banjir sama?

Beranikah “Ustaz Zahid Hamidi” mengatakan semua itu sesuatu yang dihantar Tuhan sebagai petunjuk bahawa Pakatan Harapan akan mengambil alihnya daripada BN?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxEwAI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.