Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENTERI: DAKWAAN TRUMP MALAYSIA ‘PENIPU PERDAGANGAN’ TAK BENAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENTERI: DAKWAAN TRUMP MALAYSIA ‘PENIPU PERDAGANGAN’ TAK BENAR

Kerajaan menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang Malaysia adalah salah satu “penipu perdagangan” sehingga menyebabkan defisit perdagangan negara itu dengan Malaysia.

“Dakwaan presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai salah satu ‘penipu perdagangan’ adalah tidak benar.

“Pentadbiran AS sehingga kini masih belum mengeluarkan hasil laporan rasmi kepada umum mengenai defisit perdagangan AS dan rakan-rakan dagangnya,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (Selayang-PKR) berhubung langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan tersebut, yang didakwa menyebabkan defisit perdagangan berjumlah AS$50 bilion kepada AS.

Beberapa bulan lalu, Trump dalam satu kenyataan mendakwa Malaysia merupakan salah sebuah daripada 16 negara “penipu perdagangan”. Negara Asia Tenggara yang turut menerima dakwaan sama adalah Indoensia dan Thailand.

Mustapa berkata, statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$55 bilion dengan negara.

Katanya, Jabatan Perdagangan dan Pejabat Wakil Perdagangan AS telah menyediakan laporan berhubung perkara itu dan dihantar ke Rumah Putih pada 29 Jun lalu.

Beliau berkata, penjelasan juga diberikan ketika kunjungan delegasi Malaysia ke Rumah Putih pada September lalu.

“Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit) disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura,” katanya

Katanya lagi, kaedah pengiraan jumlah eksport juga berbeza untuk kedua-dua negara, dengan Malaysia tidak mengambilkira kos perkapalan dan insurans manakala AS memasukkan semua kos yang terlibat.

Mustapa berkata, Malaysia komited dengan perdagangan bebas dan tidak memanipulasi mata wang mahu pun memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQUAH3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.