Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhenti Katakan Tudung Kepala Perintah Tuhan — Nik Elin Nik Rashid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhenti Katakan Tudung Kepala Perintah Tuhan — Nik Elin Nik Rashid

Kota Bharu: Berhenti berkata tudung ialah perintah dari Tuhan, tegas Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid.

Beliau yang juga pengasas Kelab Warisan Wibawa juga menyenaraikan pelbagai kebaikan apabila tidak memakai tudung yang dinikmatinya disamping mendakwa bahawa hukum ‘awrat’ bagi wanita adalah hanya di bahagian sulit sahaja, tidak sepertimana yang difahami oleh orang ramai.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Elin berkata, “Apabila kamu baca Quran surah 24:30 dan 31, kamu faham mesej itu dengan jelas.”

“Kita disuruh untuk menjaga furuj atau kemaluan atau kesucian kita dan untuk menutupi ketelanjangan kita. Jadi saya tidak faham mengapa mereka menyuruh saya untuk menutup rambut atau kepala saya?”

“Di mana logik Tuhan? Gunakan logik kamu.”

“Tuhan beritahu banyak mesej dan kita boleh nilai asbab al nuzul atau sebab disebalik penurunan wahyu. Tetapi tidak ada keperluan atau perintah untuk kaum wanita supaya ‘warped up’.”

“Jadi berhenti dari mengatakan tudung kepala ialah perintah Tuhan.”

“Zaman dulu tak ada pun orang tutup kepala dan tutup lingkup. Zaman dulu nak mandi sungai buka baju tepi sungai. Tak ada tandas pun dalam rumah. Nak berak pun di luar sahaja,” tegas beliau.

Wanita yang pernah mendakwa golongan wanita Melayu didiskriminasi kerana tidak boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki ketika bersolat jemaah itu menyenaraikan beberapa kelebihan yang dinikmatinya kerana tidak bertudung, termasuklah dari aspek gaya dan kos.

Nik Elin berkata, “Tudung harganya ada sampai beribu ringgit. Tak mampu nak beli tudung. Tak pakai tudung maknya saya tak perlu fikir nak match dengan warna baju atau busana saya.”

“Tak pakai tudung maknanya rambut tak busuk oleh peluh. Syampu sekali semingu okay. Tak pakai tudung makna kurang beli syampu sebab rambut tak hapak.”

“Tak pakai tudung makna nya rambut bebas digayakan sebagaimana nak. Pendengaran saya juga lebih jelas,” jelasnya lagi.

Meskipun beliau berpendapat ‘awrat’ wanita hanyalah di kemaluannya sahaja, namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah berpakaian secara sopan.

Nik Elin berkata, “Awrat hanyalah kemaluan sahaja. Apa yang bukan ‘azzahara’.”

“’Pakaian’ dan ‘Awrat’ bukan sama.”

“Sebagai Muslim kita patut berpakaian secara sopan,” jelas beliau.

Kredit :
https://www.menara.my



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2httf0S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.