Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli MPN setuju denda untuk salah guna Bahasa Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli MPN setuju denda untuk salah guna Bahasa Melayu

Foto FMT
BANGI: Seorang ahli Majlis Profesor Negara (MPN) menyambut baik cadangan pindaan undang-undang untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendenda orang ramai atas kesalahan penggunaan Bahasa Melayu.

Ketua kluster sejarah, warisan dan sosiobudaya MPN, Datuk Teo Kok Seong berkata, dengan mengenakan denda, ia akan memberi “ketakutan” kepada mereka yang membuat kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu.

“RM1,000 itu bukan sedikit, bukan banyak, tapi boleh tahanlah RM1,000 itu,” katanya ketika ditemui FMT.

DBP baru-baru ini dilaporkan akan diberi kuasa untuk mengenakan denda menerusi pindaan terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas dilaporkan berkata, kerajaan mencadangkan supaya DBP mengambil tindakan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul, termasuk dalam iklan atas talian, di mana denda sehingga RM1,000 boleh dikenakan.

Ia sebagai usaha mencegah “pencemaran bahasa” dan mendidik masyarakat tentang penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Teo yang juga merupakan pakar dalam sosiolinguistik Bahasa Melayu berkata, cadangan untuk mengenakan pindaan berkenaan telah lama diperjuangkan DBP tetapi tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Menurutnya, sekiranya pindaan itu berjaya dilakukan, orang ramai juga akan lebih berhati-hati dan prihatin dalam menggunakan Bahasa Melayu.

Sebelum ini, penulis Faisal Tehrani mempersoalkan cadangan itu, dengan berkata ia sesuatu yang mustahil dilaksanakan, terutama membabitkan kandungan atas talian.

Beliau turut tidak setuju tindakan undang-undang boleh menggalakkan perkembangan Bahasa Melayu.

“Dalam bahasa, anda perlu membiarkan ia berkembang. Bahasa sentiasa berkembang, ia kerap berubah kerana ia mengalami transformasi,” kata Faisal, nama pena untuk Dr Mohd Faizal Musa, felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teo bagaimanapun berkata ia bukan mustahil dilaksanakan.

“Dari segi perundangan, asalkan ada bukti boleh saman iklan atas talian ini walaupun dia boleh padam dan dari segi sistem DBP, boleh cari sampai dapat,” katanya. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yRguAX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.