Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nampak ular hubungi 999, bukan tular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nampak ular hubungi 999, bukan tular

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.

Pegawai Pertahanan APM Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata orang awam di sini juga boleh menghubungi terus talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri 085-430489 bagi membolehkan APM menangkap ular tersebut.

"APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam laman Facebook Miri Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi APM dengan segera jika mengalami kes sama," katanya dalam kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Untuk rekod, rakaman yang tular semalam mendapat kritikan netizen apabila individu yang merakam kejadian tidak ada inisiatif untuk melaporkan kepada APM, sebaliknya mempunyai masa merakam serta berkongsi dalam media sosial.

Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ioD2Ti

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.