Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 60 kucing dimandulkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 60 kucing dimandulkan



MUAR: Lebih 60 kucing, termasuk 15 kucing terbiar dimandulkan pada program Save Our Strays anjuran Persatuan Perlindungan Haiwan Bantera Noah Johor di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Junid, di sini, hari ini.

Pengerusinya, Mariam Yusof, berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemandulan haiwan berkenaan bagi mengelakkan pembiakan kucing terbiar.

"Kita tahu ramai yang sukakan kucing dan memeliharanya tetapi apabila mereka pelihara kucing itu, ia akan membiak.

"Apabila sudah terlalu banyak, ada yang membuang kucing ini menyebabkannya terbiar.

"Jadi menerusi program ini, kita mahu mendidik orang ramai supaya tahu kepentingan pemandulan terhadap kucing ini, sekali gus mengelakkan kezaliman terhadap haiwan berkenaan," katanya.

Mariam berkata, pada program itu, pihaknya menerima kira-kira 45 kucing untuk dimandulkan daripada pemiliknya, selain 15 ekor kucing terbiar yang ditangkap di sekitar Bandar Muar dan kawasan rekreasi Tanjung Emas, dekat sini.

"Bagi program ini, kita hanya mengenakan kadar bayaran terendah iaitu RM50 bagi setiap kucing yang dimandulkan menerusi teknik pembedahan, yang dikendalikan lima doktor haiwan.

"Setiap pembedahan mengambil masa antara lima minit hingga 15 minit," katanya.

Kelab Rotary juga menaja seramai 21 murid dan dua guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengikuti program itu bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan pemandulan haiwan itu, selain memupuk semangat cintakan haiwan.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hGp5mz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.