Bagaimana Menyatukan Info Di Google Contacts – Elak Pendua Nama Dan Nombor Telefon
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin anda menggunakan Google Contacts untuk menguruskan buku alamat anda – daripada menyimpan nombor telefon, emel dan sebagainya.
Dan salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila kadang-kala anda tersimpan sesuatu nama atau nombor telefon dua kali – sekaligus menghasilkan pelbagai pendua (duplicate) pada buku alamat anda.
Bagi menyatukan sebarang salinan pendua menggunakan Google Contacts, anda boleh lakukannya dengan pantas melalui laman rasmi Google Contacts.
Layari : Google Contacts
Selepas membuka Google Contacts, anda boleh klik pada tab Duplicates, dan seterusnya melihat sebarang nama dan info yang anda ingin satukan. Anda boleh memilih untuk satukan semua atau satu demi satu melalui laman web ini – atau turut memilih untuk memadamnya.
Bagi anda yang menggunakan Google Contacts, anda boleh menyemak ciri ini hari ini, dan memperkemaskan lagi buku alamat anda di telefon.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2myxnhX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment