JLo Cetus Trend Pegang Bekas Minum Kristal RM2,440
Diva terkenal Jennifer Lopez (JLo) mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat apabila dilihat sering menggunakan bekas minuman Starbucks yang dihiasi kristal.
Pengasas TaylorMade Bling, Teneka Moore berkata, pakar rias kuku JLo, Elle Gerstein, menempah bekas tersebut daripada syarikat dekorasi itu sebagai hadiah hari jadi kepada penyanyi itu pada Julai.
JLo dilihat memegang gelas itu sebagai aksesori utama dalam kebanyakan gambar kebelakangan ini.
Ini membangkitkan kegilaan dalam kalangan peminat dan permintaan bagi gelas tersebut semakin meningkat.
Menurut Moore, gelas yang dihadiahkan kepada JLo itu berharga USD585 (kira-kira RM2,440). Pasangan JLo, Alex Rodriguez, turut membeli satu gelas dari Moore, berharga USD495 (kira-kira RM2,065)
Laporan TMZ juga menyatakan bahawa artis popular lain turut menempah bekas air dari Moore dan perkara ini semakin menjadi trend terbaru masa kini.
The post JLo Cetus Trend Pegang Bekas Minum Kristal RM2,440 appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zarJsk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment