Dinding penahan akan dibina di telaga minyak Miri
MIRI: Dinding penahan akan dibina di sepanjang jalan terjejas hakisan tanah yang berlaku awal minggu ini di Bukit Telaga Minyak atau dikenali sebagai Canada Hill dalam kalangan penduduk di sini, satu daripada mercu tanda ikonik pelancongan di Sarawak.
Majlis Bandaraya Miri (MCC) dalam kenyataan hari ini berkata kawasan lereng bukit yang runtuh akibat hakisan itu ditutup dengan membran plastik untuk mencegah hakisan selanjutnya dan menstabilkan keadaan tanah selepas Jabatan Kejuruteraan MCC melakukan pemeriksaan tapak.
“Selain itu, MCC juga akan mengeluarkan sebut harga dengan kadar segera kepada kontraktor untuk memasang dinding penahan di kawasan yang terjejas,” katanya.
Menurutnya, MCC turut memasang papan tanda dan kon trafik untuk perhatian pengguna jalan raya di kawasan terjejas.
MCC akan terus menilai dan memantau keadaan di lokasi itu untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya sehingga rancangan baik pulih jangka panjang dilaksanakan.
Canada Hill menempatkan telaga minyak ikonik diberi nama “The Grand Old Lady” iaitu telaga minyak pertama diusahakan di Miri pada 1910 oleh Shell dan terletak bersebelahan dengan Muzium Sains Petroleum. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AVjddZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment