Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ekonomi Malaysia Paling Cepat Berkembang Dalam Lebih Dari 3 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ekonomi Malaysia Paling Cepat Berkembang Dalam Lebih Dari 3 Tahun



Tulisan asal oleh:
Bloomberg, 17 November 2017

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar terpantas dalam lebih daripada tiga tahun pada suku ketiga, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan sektor perkilangan yang mendapat manfaat daripada perdagangan global yang berkembang pesat.

Perkara utama

- Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat 6.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, selepas naik 5.8 peratus pada suku kedua, menurut Bank Negara Malaysia pada hari Jumaat

Gambaran besar

Malaysia telah muncul sebagai salah satu tempat yang terbaik di Asia Tenggara tahun ini, dengan ahli ekonomi menaikkan unjuran pertumbuhan di tengah-tengah pemulihan eksport. Perdana Menteri Najib Razak menaikkan ramalannya untuk tahun ini kepada sebanyak 5.7 peratus dalam ucapan bajetnya bulan lepas, sambil turut menggariskan bahawa pemotongan cukai dan pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan akan membantu merangsang perbelanjaan pengguna ke tahun hadapan. Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2018.

Bank Negara mungkin antara yang pertama di Asia untuk mula mengetatkan dasar monetari apabila pertumbuhan dan inflasi menjadi semakin cepat. Bank Negara Malaysia berkata minggu lepas ia mungkin mempertimbangkan untuk mengkaji semula "tahap penggunaan dasar monetari semasa", berdasarkan kekukuhan keadaan ekonomi global dan domestik. Harga pengguna naik pada kadar paling pantas dalam tempoh lima bulan sebanyak 4.3 peratus pada bulan September.

"Prospek ekonomi yang menggalakkan memberikan kelonggaran yang lebih besar untuk mengkaji semula tahap penggunaan dasar monetari," kata bank pusat itu dalam kenyataan KDNK pada hari Jumaat.

Butiran yang lain

- Penggunaan sektor swasta melonjak 7.2 peratus pada suku ketiga berbanding tahun sebelumnya, manakala pelaburan naik 7.9 peratus

- Pertumbuhan dalam perbelanjaan sektor awam meningkat kepada 4.1 peratus daripada 0.2 peratus pada suku kedua

- Eksport meningkat 11.8 peratus, sementara import melonjak 13.4 peratus

- Industri perkhidmatan meningkat 6.6 peratus, meningkat daripada 6.3 peratus pada suku kedua

- Sektor pembuatan mengalami peningkatan kepada 7 peratus daripada 6 peratus




Link asal artikel: 
http://ift.tt/2j3Xok2

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iqhxBr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.