Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Maslan Naik Angin Di Twitter Gara-gara Infografik Fitnah Bodoh Tular Di FB. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Maslan Naik Angin Di Twitter Gara-gara Infografik Fitnah Bodoh Tular Di FB.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan menaikkan harga minyak untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kenyataan yang tular dilaman sosial sejak kenaikan harga minyak minggu ini disifatkan Ahmad sebagai 'fitnah bodoh'.

"Infografik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula," tegasnya dipetik laman mikro twitter peribadinya.

Harga petrol pada minggu ini dijual dengan harga RM2.38 sen seliter bagi RON95, dan RM2.66 sen seliter bagi ROn 97 - kenaikan tujuh dan enam sen.

Sementara itu, harga diesel meningkat sebanyak lima sen kepada RM2.25 seliter, mencecah paras tertinggi baru di bawah sistem apungan yang diperkenal Mac lalu.

Harga jualan minyak ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secara mingguan berdasarkan nilai purata harga minyak dunia pada minggu sebelumnya.

Kata Ahmad, beliau bertugas di MITI yang tidak mempunyai kena mengena dengan penetapan harga minyak bagi pasaran Malaysia.

"Saya tak pernah sebut kenyataan ini. Apahal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI. Harga minyak Malaysia ikut harga minyak dunia, bukan kerajaan yang naik atau turunkan," katanya.

Justeru beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan menangkap penyebar fitnah berkenaan.

"Saya telah memaklumkan pihak #SKMM agar mengambil tindakan terhadap fitnah yang disebarkan ini. Pegawai saya juga akan membuat laporan Polis, #PDRM.

"Kita mesti #PerangiFitnahMediaSosial #SemakSebelumSebar juga #FikirSebelumTular. Saya harap mereka yg terlibat akan diambil tindakan," tweet beliau lagi. - Malaysian Digest

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOSA91

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.